Catatan Rasa 202

Hari ini, mesranya dia melayan aku. Aku dah kata, jangan layan aku macam tu. Dia juga tahu perasaan di hati ini. Aku tak berkecil hati pun, kalau dia melayan ala kadar jer. Kalau dia tak layan aku pun tak apa. Aku tahu. Aku tahu siapa diriku. Aku tahu kelemahan aku.

Aku tahu dia dah ada tanggungjawab. Mungkin dia juga nak rasa macam mana aku layan kawan-kawan dia yang lain. Tetapi aku tak boleh melayan dia macam aku layan yang lain-lain. Tak boleh. Dia istimewa di hati ini. Aku tak mampu. Aku tak boleh melihat dan menatap wajahnya.

Siap dia hantar barang kat bilik aku lagi. Memang ler seronok dia melayan macam tu. Tetapi aku tak mahu nanti berleret-leret yang lain plak.

Apapun di hati ini tersimpan impian kecil, biarlah takdir menentukan. Ia cuma hajat yang tersimpan dan terpendam sahaja. Walaupun dia dah tahu hajat aku. Tak apalah. Aku sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat. Dialah sahabat istimewa di hati ini.

Aku bahagia. Aku redha dengan takdir yang aku hadapi.

Leave a comment